Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ancaman serangan, konsert tiga malam Taylor Swift di Austria dibatalkan


KONSERT penyanyi Taylor Swift, The Eras Tour yang dijadualkan berlangsung di Vienna, Austria pada Khamis, Jumaat dan Sabtu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Penganjur acara, Barracuda Music dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain membatalkan persembahan tersebut selepas didakwa menjadi sasaran ancaman pengganas.

Tindakan itu juga dilakukan setelah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Austria yang berjaya menahan dua individu disyaki merancang serangan di acara besar-besaran termasuk konsert Swift.

"Selepas mendapat pengesahan dari pihak berkuasa mengenai rancangan serangan pengganas di Stadium Ernst Happel kami tiada pilihan selain membatalkan ketiga-tiga persembahan.

"Pembatalan itu dibuat demi menjaga keselamatan semua penonton yang hadir," ujar kenyataan yang dilakukan menerusi laman Instagram itu.

Suspek utama berusia 19 tahun berjaya ditahan di Ternitz, selatan Vienna bersama bahan kimia disyaki bahan letupan, manakala seorang lagi suspek ditangkap di Vienna pada hari sama.

Memetik laporan akhbar Austria, Pengarah Keselamatan Awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf, menjelaskan, pihak berkuasa menyedari tindakan persediaan untuk kemungkinan serangan dan sasaran terhadap konsert Taylor Swift di ibu negara Austria itu.

Konsert Taylor dijadualkan berlangsung di stadium Ernst Happel, Vienna itu dijangka akan dihadiri lebih 65,000 peminat. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments