Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Jay Jay meninggal dunia


PENYANYI Jay Jay dialaporkan meninggal dunia dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, sekitar jam 9.27 malam Ahad.

Berita duka pemergian penyanyi legenda itu disahkan Datuk Hattan selepas maklumkan isteri Jay Jay dikenali sebagai Zaitoon.

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.

Terdahulu Pada 23 Mei lalu, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Namun selepas menjalani pembedahan, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Bayangan itu diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Al-Husna Bandar Sunway pada pagi Isnin dan dikebumikan sebelum Zohor pada Isnin.

Jay Jay mula menceburi bidang seni pada pada ahun 1970-an menerusi kumpulan Carefree sebagai pemain bass dan vokalis. Bersama kumpulan itu, mereka tampil dengan empat buah album.

Allahyarham meneruskan kerjaya seni sebagai artis solo dan telah menghasilkan tujuh buah album solo. Antara lagu popularnya termasuklah Kau Yang Tersendiri, Keasingan Dalam Luka, Cukuplah Sekali, Kita Insan Biasa (duet bersama Dayangku Intan) dan lain-lain.

Ketika hayatnya, Allahyarham pernah  memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 dan Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik 1998. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments