Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Penyanyi 'Abang Beca', M. Rizal meninggal dunia


PENYANYI era popular era 1970-an, M. Rizal meninggal di kediamannya Taman Damai Jaya, Skudai, Johor, pada 10.50 malam Khamis.

M. Rizal atau nama sebenarnya Mohd. Razali Hashim menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan isteri pada usia 71 tahun akibat ulser perut.

Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas bergelar Juara Bintang RTM 1978 dan kemudiannya dilamar syarikat rakaman WEA Records.

Penyanyi asal Teluk Intan, Perak itu cukup dikenali dengan lagu Abang Beca, Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya dan lain-lain.

Sepanjang bergelar anak seni, Allahyarham pernah menghasilkan tiga album studio bersama tiga label berbeza.

Allahyarham sebelum ini pernah dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat penyakit gout.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada pukul 10 pagi Jumaat.

Allahyarham M.Rizal meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74, bersama lima anak dan 11 cucu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments