BINTANG legenda Gena Rowlands meninggal dunia di kediamannya di Indian Wells, California, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Rowlands yang terkenal dengan drama
Gloria dan
A Women Under Influence itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun di di sisi ahli keluarga.
Menurut anaknya, Nick Cassavetes sebagaimana dilapor media, aktres tersebut sebelum ini menghidap penyakit Alzheimer sejak 2019.
Ketika hayatnya, Rowlands atau nama penuhnya Virginia Cathryn Rowlands pernah memenangi kategori Pelakon Terbaik, Anugerah Emmy menerusi filem
The Betty Ford Story pada 1987 dan drama
Face of a Stranger (1992), manakala lakonan berkesannya dalam filem
Hysterical Blindness (2002) pula mengangkatnya sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.
Aktress itu telah membintangi sederetan filem sejak memulakan kerjaya lakonan pada era 1950-an. Mendiang Suaminya, John Cassavetes juga merupakan seorang pengarah filem dan bergiat aktif dalam industri perfileman AS sekitar era 1970-an dan 1980-an, sebelum meninggal dunia pada 1989.
Rowlands berkahwin dengan Cassavetes pada 1954 sehingga kematiannya dan dikurniakan tiga cahaya mata. Selepas itu, dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Robert Forrest pada 2012.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments