Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Afgan, Lyodra kongsi pentas demi peminat di Malaysia

| FOTO: Kharisma Music

PEMINAT muzik di Malaysia bakal dihiburkan oleh dua nama besar industri muzik Indonesia, Afgan dan Lyodra, dalam sebuah konsert epik, Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Kharisma Music bersama Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace itu bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 28 September depan.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny,  berkata, gandingkan dua penyanyi top Indonesia pada satu pentas itu adalah hadiah istimewa buat penonton di Malaysia.

"Idea di sebalik penganjuran konsert ini terbit daripada single duet Afgan dan Lyodra berjudul Ada yang telah diluncurkan hampir setahun lalu dengan respon yang luar biasa daripada pendengar.

“Kami sentiasa ke depan dalam menyajikan hiburan secara ‘live’ dalam bentuk fizikal buat peminat muzik di Malaysia, dan apabila melihat keserasian Afgan dan Lyodra berduet dalam Ada membuat kami teruja untuk menggandingkan mereka berdua dalam sebuah konsert buat pertama kalinya di Malaysia.

“Selain itu Afgan merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di Malaysia dan mempunyai ‘fanbase’ yang kuat di sini, manakala Lyodra pula merupakan juara Indonesian Idol 2020 yang seangkatan dengan Mahalini, Tiara Andini dan Ziva Magnolya,” katanya.

Pada malam konsert nanti, penonton bakal disajikan dengan hiburan tanpa henti berdurasi dua jam 30 minit dengan 20 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama iringan 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia. Menariknya, Afgan dan Lyodra sendiri yang akan merencanakan koordinasi muziknya.

Afgan dan Lyodra pada majlis sidang media konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur baru-baru ini | FOTO: Kharisma Music

Tambah Ahmad Jeffny, penonton yang hadir di konsert berkenan berpeluang menikmati susuan muzik yang digubah khas oleh mereka berdua yang belum pernah didengarkan di mana-mana acara sebelum ini.

“Kami berharap penonton yang hadir dapat menyaksikan sendiri bintang berbakat besar dari Indonesia itu  secara ‘live’, dan pastinya malam konsert nanti menjanjikan persembahan dan paduan suara yang memukau.

"Kami juga sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan," katanya.

Tiket-tiket ke konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur sudah pun mula dijual pada 10 Julai lalu lalu dengan harga RM258, RM338, RM458 DAN RM488 di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments