Hot Posts

6/recent/ticker-posts

A Store kini di Malaysia, bawa pembaharuan dalam fesyen kasut

A Store kini rasmi dibuka di The Gardens Mall | FOTO: A Store

A STORE sebuah jenama yang menjadi lambang kepada gaya, kelestarian alam dan kehalusan kerja tangan, kini telah tiba di Malaysia dengan pembukaan kedai utamanya di The Gardens Mall.

Majlis perasmian kedai tersebut yang dihadiri oleh para penggemar fesyen dan pemain industri pada Khamis, menandakan satu era baharu dalam landskap fesyen Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan kasut sofistikated.

Sebagai sebuah destinasi gaya hidup-kasut utama, A Store yakin  bahawa fesyen bukan sekadar merangkumi nilai estetika, malahan ia juga adalah satu cara ekspresi diri.

Berbekalkan komitmen untuk membawakan pengalaman beli-belah tiada tolok bandingannya, A Store mengalu-alukan kehadiran pelanggan untuk meneroka pelbagai jenama global yang dipilih secara teliti berdasarkan nilai teras keaslian dan inovasinya.

Merangkumi jenama yang diilhamkan daripada warisan seperti Autry, gaya klasik Cariuma yang berteraskan kelestarian alam, dan juga gaya vintaj SAYE yang direka dengan beretika, setiap pasang kasut dari A Store mempunyai kisah unik mengenai kehalusan kerja tangan dan bakat reka cipta moden untuk ketengahkan.

Pengarah A Store, Chris Lee, mengakui teruja untuk memperkenalkan A Store ke Malaysia, satu pasaran yang memberikan keutamaan terhadap gaya, kualiti dan inovasi.

"Matlamat kami adalah untuk menyediakan ruang bagi para pelanggan untuk mendapatkan kasut idaman yang bukan sahaja kelihatan hebat tetapi juga mencerminkan gaya dan nilai peribadi mereka.

“Dengan adanya pelbagai rangkaian jenama termasuk Hirundo, East Pacific Trade, Foot Industry dan Stepney Worker’s Club, kami berhasrat untuk memenuhi cita rasa para pengguna Malaysia yang inginkan produk sofistikated dan mampan,” ujarnya.

Hillary Yong, Pengarah Urusan A Store (empat dari kanan) bersama kakitangan ketika majlis pelancaran A Store di The Gardens Mall pada Khamis. | FOTO: A Store

Di A Store, para pelanggan boleh menjangkakan pengalaman beli-belah imersif yang bertaraf tinggi. Koleksi yang dipilih secara rapi menampilkan gabungan eklektik jenama global tersohor dengan kualiti luar biasa dan prinsip rekaan yang unik.

Jenama kasut tersedia di A Store

● Autry
Memberikan nafas baharu kepada legasi kasut tenis 1980-an dengan menggabungkan gaya warisan dan sentuhan moden, Autry menggarapkan intipati fesyen sukan vintaj dan pada yang sama memenuhi cita rasa moden.

Ikon-ikon global seperti Lisa dan Rosé dari Blackpink juga telah dilihat memakai jenama Autry, mengukuhkan lagi statusnya sebagai mesti ada dalam fesyen kontemporari.

● Cariuma
Jenama kasut B-Corp yang berwawasan ini diasaskan oleh peneraju industri Fernando Porto dan David Python dengan misi yang mengutamakan kepentingan insani.

Jenama ini berbangga dengan penghasilan kasut klasik yang direka dengan teliti dengan ciri keselesaan, tahan lama, berprestasi tinggi dan mesra alam.

Sebagai sebahagian daripada program Cariuma's Pair for Pair, lebih 2.5 juta batang pokok telah ditanam di hutan hujan Brazil. Ini mencerminkan komitmen jenama ini untuk meningkatkan usaha penanaman semula hutan dan pemuliharaan alam sekitar.

● SAYE
Beribu pejabat di Barcelona, SAYE menjadi pilihan ramai kerana kasutnya yang dihasilkan secara beretika dan berimpak rendah. Ia menggabungkan rekaan vintaj dengan sentuhan kontemporari.

Dihasilkan di Portugal dengan  menggunakan bahan mentah organik berkualiti tinggi dan juga fabrik kitar semula, SAYE telah mendapat perhatian daripada ikon fesyen seperti Harry Styles dan seterusnya menjadikannya satu jenama kegemaran dalam kalangan pencetus trend.

● EPT - East Pacific Trade
Berasal dari Korea, EPT menampilkan kasut gaya hidup dan juga kasut aktiviti papan selaju (skateboard) dengan teknologi kusyen yang canggih.

Koleksi eksklusif EPT menampilkan rekaan minimalisme dengan sentuhan inovatif, yang menawarkan keselesaan, kualiti dan gaya yang sempurna untuk kegunaan harian.

● S.W.C - Stepney Workers Club
Jenama yang beribu pejabat di London ini mendapat inspirasi daripada kelab sukan pekerja tradisional yang menampilkan gaya serba boleh dan kasual.

Kasut vulcanised dan cupsole S.W.C, termasuk slip-on Lister, low-top Dellow, and high-top Varden, direka untuk tahan lama dan mudah untuk digayakan. Ini menjadikannya satu jenama kasut yang harus dimiliki oleh semua.

● Foot Industry
Berasal dari Tokyo, Foot Industry menghasilkan kasut berkualiti tinggi dan selesa dengan kehalusan kerja tangan Jepun.

Terkenal dengan penggunaan teknologi canggih serta rekaan yang unggul, Foot Industry mencipta kasut yang memenuhi keperluan individu yang mementingkan fesyen dan juga dan keselesaan.

● Hirundo
Jenama Portugis ini adalah sinonim dengan kemewahan yang mampan yang mana kasutnya diperbuat daripada bahan mentah tempatan seperti kapas, kulit, gabus dan getah.

Direka cipta untuk tahan lama dan sesuai untuk dibaiki apabila diperlukan kelak, kasut Hirundo mengutamakan keselesaan dan gaya yang berkekalan, bukannya sekadar trend sekilas lalu.

Komited untuk memelihara alam sekitar, Hirundo menggalakkan pilihan fesyen yang lebih lestari dengan setiap langkah.

Pelbagai jenama kasut popular tersedia di A Store yang merupakan destinasi kasut gaya hidup terunggul | FOTO: A Store


Ketibaan A Store ke Malaysia menandakan satu pencapaian budaya untuk melibatkan komuniti fesyen yang berwawasan.

Dengan komitmen yang teguh terhadap ketulenan dan integriti, A Store memastikan bahawa setiap produk menepati standard tertinggi dalam kualiti, kelestarian dan gaya.

Ini mencerminkan dedikasi A Store untuk membawakan fesyen yang bukan sahaja berinovasi tetapi juga bertanggungjawab.

A Store bersedia untuk membawakan pembaharuan  kepada pasaran kasut Malaysia dengan menghimpunkan pelbagai jenama hebat di bawah satu bumbung.

Setiap jenama mencerminkan dedikasi kami terhadap kualiti, inovasi dan kelestarian untuk memastikan setiap langkah yang diambil adalah satu langkah ke arah masa depan yang lebih bergaya dan prihatin. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments