Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Undefeated buka kedai pertama di Kuala Lumpur, Asia Tenggara


JENAMA pakaian sukan global, Undefeated mengumumkan pembukaan kedai terunggul, Undefeated Kuala Lumpur yang terletak di destinasi beli-belah baharu, The Exchange, TRX Kuala Lumpur.

Kedai tersebut dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 26 Julai lalu, sekali gus menyaksikan penampilan pertama kedai Undefeated di Asia Tenggara. Ia meliputi kawasan dua tingkat dengan keluasan 9,083 persegi, ia turut merangkumi ruang jualan, ruang acara, serta kafe.

Diinspirasikan oleh reka bentuk Asia, Undefeated Kuala Lumpur menampilkan elemen seni bina berasaskan kayu dan batu, yang digabungkan dengan palet warna akromatik khusus jenama itu untuk mewujudkan persekitaran yang serba moden dan tak lapuk dek zaman.


Kedai itu direka  bagi menggalakkan penglibatan komuniti menerusi tiga tonggak utama yang mewakili DNA jenama tersebut iaitu sukan, gaya hidup dan komuniti. Reka bentuk Undefeated Kuala Lumpur menghormati asal-usul jenama itu dalam bidang sukan.

Selain menampilkan ruang berkonsepkan bilik persalinan di aras dua, ia turut dilengkapi sebuah skrin gergasi jumbotron berhala-empat yang digantung dari siling, seperti mana yang boleh dilihat di gelanggang sukan.

Tidak hanya itu, bangku dan kawasan tempat duduk seperti di stadium turut disediakan bagi menyerlahkan lagi suasana acara sukan.

Kedai terunggul Undefeated Kuala Lumpur akan berfungsi sebagai hab komuniti, dengan reka bentuk modular yang membolehkan penganjuran aktiviti perhimpunan, pengaktifan jenama dan pelancaran produk.



Menariknya kedai tersebut juga akan menampilkan Undefeated Cafe, yang dikendalikan oleh kafe tempatan, Coffeeboy Club. Kerjasama itu bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan komuniti jenama itu dengan mencipta persekitaran yang sesuai untuk membina hubungan dan memperkayakan keseluruhan pengalaman pelanggan.

Bagi meraikan pembukaan besar-besaran Undefeated Kuala Lumpur, orang ramai kini boleh mendapatkan koleksi kapsul Undefeated x Muhammad Ali dan Undefeated Nike Air Terra Humara dalam warna ‘Light Menta’ di kedai itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Undefeated Kuala Lumpur]

Post a Comment

0 Comments