Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tutup ruangan komen, V BTS terus membisu


Oleh: AILENN ADAM

PENYANYI dan anggota kumpulan terkenal BTS, V mengambil pendekatan mendiamkan diri berikutan kontroversi tindakannya memuat naik foto kentang goreng, daripada jenama makanan segera terkenal yang diboikot di laman Instagramnya pada 21 Julai lalu.

Hantaran tersebut pantas mendapat kecaman dan mengundang kemarahan ramai yang menganggap V atau nama lengkapnya Kim Taehyung, tidak sensitif atau mempunyai empati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Tidak kurang yang menyifatkan bintang berusia 29 tahun itu seolah-olah memberikan sokongan kepada Israel biarpun tahu satu dunia sedang memperkatakan tentang genosid yang dilakukan rejim zionis itu.

Biarpun sudah memadam hantaran tersebut, V sehingga ini tidak memberikan sebarang reaksi atau penjelasan, sebaliknya menutup ruangan komen di Instagram bagi mengelakkan dirinya terus dikecam. Ramai peminat yang mendesak penyanyi berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka.

Akibat kontroversi tersebut juga, V dikatakan telah kehilangan lebih 100,000 pengikut di Instagram, selain namanya menjadi topik perdebatan hangat dengan pelbagai kecaman di platform media sosial lain.



Pun begitu, dalam masa sama masih ada peminat setia atau 'solo stan' penyanyi itu yang membela tindakannya atas pelbagai alasan, selain turut mengheret nama idola K-Pop lain bagi menutup kesilapan bintang kesayangan mereka. 

Apapun ramai netizen menyarankan agar peminat berhenti mengikuti kesemua aplikasi media sosial milik pelantun lagu Love Me Again itu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada artis lain yang terlibat dengan isu serupa. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments