PELAKON, pelawak dan pelukis, Imuda, menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang, pada Selasa.
Imuda atau nama sebenar A Rahim Muda, 65, adalah antara 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri.
Anak jati Pulau Pinang mengucapkan rasa syukur menerima anugerah yang begitu istimewa buat dirinya selepas empat dekad meneceburi bidang seni.
"Saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, Imuda pernah membintangi sederetan filem termasuk Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Gelap, Mat Som dan banyak lagi.
Bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka itu juga popular dengan beberapa siri sitkom seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments