Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sepanyol juara EURO 2024, England kecewa lagi


Oleh: SHAZAN ZAIDI

SEPANYOL merangkul juara Euro 2024, apabila pemain gantian, Mikel Oyarzabal berjaya menjaringkan gol empat minit sebelum tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukan itu ke atas England dalam aksi final Euro 2024 di Stadium Olimpik pada awal pagi Isnin.

Gol kemenangan pada minit ke-86 itu memastikan Sepanyol meraih gelaran keempat mereka dalam kejohanan berkenaan, satu rekod baru dalam sejarah bola sepak Eropah.

Malah kejayaan itu sekali gus menyaksikan kekalahan England dalam dua perlawanan akhir berturut-turut pada kejohanan itu  selepas edisi 2020.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Luis de la Fuente itu membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain sensasi, Lamine Yamal, Nico Williams dan Alvaro Morata mengetuai jentera serangan.

Kedua-dua pasukan memberikan persembahan terbaik dan saling berbalas serangan pada awal saingan dengan mempamerkan corak permainan terbuka, tetapi gagal membuat percubaan tepat ke kubu masing-masing.

Pun begitu, tuah tidak memihak kepada England apabila Sepanyol mara dengan keputusan 2-1.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments