Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rosé, Cha Eun Woo dalam diam bercinta?


Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG K-pop popular, Rosé sememangnya cukup dikenal sebagai seorang yang tertutup dalam soal kehidupan peribadinya.

Jarang sekali pelantun lagu On The Ground itu berkongsi dan mendedahkan tentang aktivitinya bersama rakan-rakan, apatah lagi teman istimewanya kepada umum.

Segalanya disimpan rapi kecuali ia melibatkan aktiviti seni mahupun kerjayanya yang sentiasa berhubungan dengan banyak pihak, baik di peringkat lokal mahupun global.

Namun baru-baru ini peminat dikejutkan dengan gosip percintaan Rosé, 27, dengan pelakon dan penyanyi, Cha Eun Woo sehingga hangat diperkatakan di pelbagai platform media sosial.

Hubungan mereka mula dihidu apabila dua selebriti itu kerap berkongsi hantaran sama atau mempunyai kaitan antara satu sama lain di laman Instagram.

Netizen cari bukti

Teruja dengan perkembangan itu, netizen pula mengorek dan mengumpulkan bukti-bukti untuk menyokong gosip tersebut, malah mendakwa mereka mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun 2022.

Ramai yang mula perasan mereka sering berada di lokasi dan waktu sama, biarpun hantaran dilakukan pada ketika berbeza.

Antaranya kelibat Cha Eun Woo dilihat muncul pada 'after party' persembahan Blackpink di pentas Coachella pada 2023, selain kunjungan di sebuah galeri seni di Jepun pada April lalu yang mana anggota Blackpink itu juga dikatakan berada di lokasi sama menerusi perkongsian foto yang dilakukan di Instagram.


Pun begitu, kedua-dua selebriti popular itu tidak memberikan sebarang reaksi mengenai gosip yang bertebaran itu sebaliknya sibuk dengan aktiviti kerjaya masing-masing.

Difahamkan Rosé kini sedang sibuk dan dalam proses pembikinan album solo terbaharunya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi, selain terikat dengan pelbagai aktiviti melibatkan peranannya sebagai duta jenama mewah. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments