Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rebah di gelanggang, pemain badminton China meninggal dunia


Oleh: SHAZAN ZAIDI

PEMAIN badminton perseorangan lelaki China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang ketika beraksi di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Remaja berusia 17 tahun itu jatuh tertiarap ketika menentang Kazuma Kawano pada perlawanan ketiga dalam aksi kumpulan D yang menyaksikan pertembungan antara China dan Jepun yang terikat pada kedudukan 11-11.

Zhi Jie menadapat rawatan awal dariada pasukan perubatan kejohanan sebelum dikejarkan ke hospital terdekat dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan.


Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan berkata, pemain itu pengsan di dalam gelanggang ketika perlawanan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahakan meninggal dunia.

"Zhi Jie sedang bermain perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun ketika dia pengsan.

"Dia kemudiannya dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh kurang dua minit dengan ambulans yang disediakan," kata kenyataan itu.

Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung selama empat hari  di GOR Among Raga, Yogyakarta bermula 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran, manakala 3 hingga 7 Julai untuk acara individu. - 7KLIK 

Post a Comment

0 Comments