PENYANYI popular Justin Bieber menarik perhatian ramai apabila menerima bayaran lumayan untuk persembahannya di majlis pra-perkahwinan anak kepada lelaki terkaya di Asia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani dan Radhika Merchant pada Jumaat.
Bieber, 30, dikatakan menerima bayaran berjumlah RM47 juta, sekali gus mengatasi bayaran diterima Rihanna sebanyak RM38 juta juga pada acara praperkahwinan pasangan sama pada Mac lalu.
Bintang asal kanada yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi itu menghiburkan tetamu dengan seleksi lagu hitnya seperi Baby, Where Are U Now, All That Matters, Cold Water dan Peaches. Meski ia majlis tertutup, tetapi kehangatan dan kemeriahannya terlihat umpama konsert Bieber.
Pesta serba mewah itu turut dihadiri barisan selebriti Bollywood termasuk Alia Bhatt, Salman Khan, Ranveer Singh dan ramaia lagi.
Difahamkan, Anant dan Radhika bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 12 Julai depan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments