Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Persembahan di acara pembukaan Sukan Olimpik Paris, Celine Dion dibayar RM9.34 juta untuk satu lagu


HANYA beberapa jam sahaja lagi, Sukan Olimpik 2024 akan membuka tirai secara rasmi pada awal pagi ini (1.30 pagi waktu Malaysia) dan pastinya ramai yang teruja menantikan temasya sukan paling berprestij di dunia itu.

Tidak hanya pada acara yang bakal dipertandingkan, tetapi tumpuan juga terarah kepada pelbagai acara menarik yang akan berlangsung majlis pembukaan sukan itu yang akan dihadiri lebih 100 ketua negara dan pemerintah dengan lebih 300,000 penonton akan menyaksikan dari tebing Sungai Seine, Paris.

Antara yang dinantikan juga adalah kemunculan diva pop ternama dunia, Celine Dion, 56, yang buat pertama kalinya beraksi di pentas sejak didiagnosis Stiff Person Syndrome (SPS) pada tahun 2022.

Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu dilaporkan dibayar sebanyak AS$2 juta (RM9.34 juta) untuk sebuah lagu yang akan dipersembahkan pada acara pembukaan itu.

Malah pihak sukan juga membiayai perjalanan dan penginapan Dion di hotel mewah Le Royal Monceau yang terletak berhampiran Champs-Elysees. Difahamkan penyanyi itu sudahpun berada di Paris sejak Isnin lalu.

Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah meluahkan rasa rindu untuk beraksi kembali di pentas hiburan walaupun simptom penyakit yang dihadapi dilaporkan tidak mungkin dapat dikawal.

Bintang asal Kanada itu juga pernah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu berjudul The Power Of The Dream ketika majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta dengan disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia.

Selain Dion, seorang lagi penyanyi terkenal iaitu Lady Gaga juga turut dilaporkan akan turut beraksi di acara sama.

Sukan Olimpik Paris akan berlangsung pada 27 Julai sehingga pada 12 Ogos depan. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments