Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Mara ke suku akhir, Pearly-Thinaah teruskan langkah buru pingat


BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan langkah memburu pingat dalam penampilan debut mereka di Sukan Olimpik 2024 apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan ke-13 ranking dunia tampil cemerlang menewaskan gandingan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menerusi permainan 'straight set' dengan mata 21-18, 21-9 dalam masa kurang 30 minit di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan mereka sebagai naib juara kumpulan A yang sebelu ini disifatkan netizen sebagai kumpulan 'maut' apabila turut menempatkan gandingan unggulan dengan ranking teratas dunia.

Terdahulu beregu wanita negara tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan 17-21, 20-22 pada perlawanan pertama.

Namun mereka bangkit pada aksi kedua dengan meraih kemenangan ke atas gandingan Jepun yang menghuni ranking keenam dunia iaitu Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dengan 18-21, 21-15, 21-16.

Selain Pearly-Thinaah, dua lagi gandingan negara turut mara ke peringkat suku akhir iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk Beregu Lelaki dan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei bagi Beregu Campuran. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments