Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Juara kumpulan D, Tang Jie-Ee Wei melangkah ke suku akhir


BEREGU campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta kejutan manis di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bergelar juara kumpulan D setelah menewaskan pasangan ranking nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pada Isnin.

Perlawanan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu cukup mendebarkan dengan aksi 70 minit yang menyaksikan kedua-dua pasukan dengan tampil dengan kualiti permainan yang sangat bagus.

Namun Tang Jie-Ee Wei yang menduduki ranking kesembilan dunia itu berjaya meraih kemenangan dengan 17-21, 21-15, 21-16 sekali gus melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan D.

Pun begitu lawan pasangan itu di peringkat suku akhir hanya akan diketahui selepas undian dilakukan esok. Namun mengikut format perlawanan, setiap juara kumpulan akan berdepan dengan naib juara kumpulan.

Terdahulu Tang Jie-Ee Wei menewaskan pasangan Singapura Terry Hee-Jessica Tan dengan 23-21, 21-12, diikui kemenangan kedua apabila mengatasi wakil Amerika Syarikat 21-15, 24-22. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments