Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Majnun terlalu istimewa buat Azmi Saat


SETELAH dua tahun tidak tampil dengan karya baharu, penyanyi Azmi Saat kini tampil mengubati rindu peminat menerusi single berjudul Majnun.

Kemunculan Majnun tentunya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang mungkin ingin tahu dengan lebih mendalam tentang karya tersebut.

Sedia maklum dengan persoalan itu, Azmi berkata, single tersebut adalah sebuah karya istimewa dan cukup bermakna buat dirinya.

"Lagu ini menceritakan tentang pahit yang harus ditelan oleh Majnun di mana hati yang mencintai terhalang daripada memiliki.

"Hanya bayang dibuai mimpi kerana mencintai itu tidak semestinya perlu memiliki dan tak semua yang dimiliki itu dicintai.

"Walaupun perit, tetapi itu adalah keindahan cinta yang sejati, rasa yang tersemat mati di dalam hati, selamanya," katanya mengulas tentang jalan cerita lagu tersebut.

Tambah Azmi lagi, kali ini tidak mudah baginya untuk memberikan sepenuh penghayatan disebabkan Majnun perlu disampaikan dengan penuh dengan emosi.

"Sepanjang rakaman, saya cuba dengan sebaiknya untuk menyatu dengan perasaan dan emosi agar dapat menyampaikan sebuah penceritaan sesempurna mungkin, sekali gus menambat sanubari pendengar," akuinya.



Single Majnun bakal dilancarkan pada 19 Julai ini, jam 5 petang dan muzik videonya boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.

Lagu ini juga boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

[KREDIT: MAP Music - Terima Kasih Boy]

Post a Comment

0 Comments