Kali ini hos Tiah Ridhwani dan selebriti undangan sama-sama berkongsi dapur menyediakan menu enak dan kemudiannya menyanyi menghiburkan penonton.
Pengisian 26 episod program berbahasa Inggeris itu juga akan berkongsi perkembangan terbaharu karier dan kehidupan selebriti undangan menerusi pelbagai bidang termasuklah penyanyi, pelakon, penggubah lagu, pemuzik, pencipta kandungan kreatif, model dan pelumba motosikal profesional.
Nantikan kemunculan Khareez Kasbullah, Punitha Shanmugam, Amir Shahir, Munaa Bella, Daniel Fong, Adam Yusuf, Ellya Keesha, Najmi Niery, Maisarah Ukulele, Balan Kash, Khodi, Shafiq Abdillah, Elena Harris, Sefik, Silfeny Osman, Daniel Bogers dan DJ Mia.
Tidak ketinggalan Aisha Retno, Alam Antido, Natasha Sass, AGY, Kween Keela, Kahoe Hon dan Diyana Hashim.
Lebih menarik mereka tampil dengan pelbagai menu istimewa untuk dikongsidengan penonton seperti Kung Pao Chicken, Shepherd’s Pie, Spicy Tumeric Shrimp Spagehetti, Thai Chicken Wings, Tom Yam Squid Pasta dan banyak lagi.
Sementara itu pada akhir setiap episod menampilkan segmen Let’s Jam di mana selebriti akan menghiburkan penonton dengan menyanyikan seleksi lagu-lagu popular.
Program ini disiarkan pada setiap Jumaat, jam 11 pagi, di saluran Okey. Anda juga boleh mengikuti program dimana-mana jua secara percuma menerusi RTMKLIK. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- 8tv-jasmine-project-love-provides
- korean-action-thriller-no-way-out
- sitkom-apartmen-putra-musim-baharu
[KREDIT: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]
0 Comments