Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Laudya Cynthia Bella kesal dituduh bergelar isteri ketiga pendakwah terkenal


TIADA angin tiada ribut, pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella dikatakan telah selamat bergelar isteri ketiga kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri, 41, sehingga namanya hangat menjadi bualan ramai.

Kesal dengan spekulasi yang tidak berasas itu, Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella akhirnya bersuara menafikan perkara tersebut.

Penafian itu disuarakan menerusi seorang individu dipercayai kenalan rapatnya bernama Kaditya Ayu yang menjelaskan laporan mengatakan Bella menikahi pendakwah terkenal pada Ahad adalah palsu.

Menurutnya, bintang filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu berasa kesal dan sedih apabila sering menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

"Bella cakap dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial. Bella juga dan izinkan saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada umum," ujarnya.

Terdahulu pelakon berusia 36 tahun itu pernah digosipkan berkahwin buat kali kedua dengan lelaki dari Dubai pada 2022. Bagaimanapun ia hanyalah berita palsu melibatkan dirinya yang sering menjadi mangsa spekulasi liar.

Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira pada 2017, tetapi perkahwinan itu idak bertahan lama dan mereka bercerai pada 2020. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments