Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KyoChon 1991 lancar hidangan eksklusif 'Black Series'


KYOCHON 1991 memperkenalkan hidangan eksklusif, Black Series yang hadir dengan lima bahan utama iaitu rempah, kicap, bijan hitam, dan cili yang menawarkan rasa lazat dengan sedikit kepedasan.

Black Series hanya tersedia untuk ahli Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu dan tidak boleh dibeli oleh orang awam sekali gus menjadikan ia istimewa dan eksklusif.

Ahli KyoChingu boleh menikmati Black Series dengan merujuk Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu kepada rakan-rakan mereka. Kedua-dua ahli akan menerima baucar percuma 4pcs Black Series Wingette & Drumette.

Mereka juga boleh menebus baucar itu dengan pembelian minimum satu menu ayam dalam satu resit di cawangan KyoChon 1991 di IOI City Mall, The Gardens Mall, MyTown, One Utama, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Johor Bahru City Square, dan Mid Valley South Key.

Promosi tersebut akan berlangsung sehingga 15 Oktober 2024, sah untuk makan di kedai atau dibawa pulang.

Selain daripada keistimewaan itu, ahli Program Kesetiaan Pelanggan KyoChingu juga boleh mendapat banyak manfaat seperti mengumpul 10 kali mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Tambahan pula, Ahli KyoChingu boleh menuntut lebih daripada 30 ganjaran menarik seperti hari jadi, tawaran hebat bulanan, dan akses ke acara eksklusif serta konsert.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://kyochon.com.my/- 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Kyochon]

Post a Comment

0 Comments