Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kembali berkumpul, Blackpink bakal sambut ulang tahun ke-8 bersama 88 peminat bertuah


Oleh: AILEEN ADAM

SETELAH hampir setahun tidak menjalani kegiatan bersama sebagai satu kumpulan, Blackpink bakal kembali menerusi satu acara istimewa sempena sambutan ulang tahun kelapan debut mereka dalam industri seni pada 8 Ogos depan.

Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu yang masing-masing bernaung di bawah YG Entertainment sebagai satu kumpulan itu bakal tampil dalam acara 'Fan Sign Our Area With Blink' yang akan diadakan di Seoul, Korea Selatan bersama 88 peminat bertuah. 

Difahamkan peminat yang bertuah ke acara itu akan dipilih menerusi penyertaaan kreatif mereka dalam menzahirkan rasa cinta kepada Blackpink melalui surat, lukisan, gambar, atau cerita tentang kenangan berharga mereka bersama kumpulan K-Pop ternama itu di platform Weverse bermula 19 hingga 27 Julai ini.

Paling penting juga mereka perlu memiliki Keahlian Blink (Global) dan menyatakan perasaan mereka terhadap Blackpink dalam pelbagai cara unik dengan menggunakan tanda pagar #Our_Area_With_Blink di Weverse.

Aktiviti Kumpulan Kembali Aktif

Dengan berlangsungnya acara ini juga menandakan Blackpink kan kembali aktif dengan aktiviti berkumpulan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti solo selepas menerusi agensi pengurusan sendiri.

Mungkin tidak lama lagi, kumpulan yang memiliki populariti di peringkat global itu juga akan segera tampil dengan album baharu yang dinanti-nantikan peminat selepas penghasilan Born Pink pada 2022 dan The Album (2020) - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments