Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan


JENAZAH Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang sekitar jam 5.20 petang Khamis.

Suasana pilu mengiringi pengebumian Nur Farah Kartini, 25, apabila dihadiri ahli keluarga mangsa, rakan dan kenalan serta penduduk kampung berdekatan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Hadir sama  adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib yang mewakili kerajaan negeri.

Terdahulu mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, sekitar 6 petang Isnin, dipercayai dibunuh.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak sebelum itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Bernama]

Post a Comment

0 Comments