(Dari kiri ke kanan) Nicholas Sagau (Ketua Pegawai Operasi, Rev Media Group), Arianne Santoso (Pengurus Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam, Google), Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) dan Adeel Farhan. |
GOOGLE mengumumkan pelancaran Advertising Revenue Lab Malaysia Google News Initiative, yang disokong oleh Kementerian Komunikasi.
Program komprehensif itu direka untuk memperkasakan penerbit berita bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia dan melengkapkan bilik berita tempatan dengan alatan dan pengetahuan untuk berkembang maju dalam landskap media yang sedang berkembang.
Advertising Revenue Lab Malaysia merupakan tambahan terbaharu kepada siri program Google News Initiative (GNI) yang bekerja dengan penerbit dari semua saiz secara langsung untuk meningkatkan keupayaan pengiklanan digital mereka dan memupuk model perniagaan yang mampan.
Program itu akan menumpukan pada penyediaan latihan teknikal dan produk, serta sokongan praktikal untuk mengoptimumkan laman web, meningkatkan penglibatan khalayak dan meningkatkan hasil pengiklanan.
Dengan mengambil bahagian dalam Advertising Revenue Lab Malaysia, bilik berita akan memperoleh cerapan dan strategi yang berharga untuk mengembangkan hasil pengiklanan digital mereka, memastikan penyampaian berterusan berita yang berkualiti tinggi kepada komuniti di seluruh Malaysia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,Kementerian Komunikasi mengalu-alukan dan menghargai inisiatif Google untuk meningkatkan kemampanan media di Malaysia.
"Kerjasama ini menandakan peristiwa penting bagi industri berita Malaysia. Dengan melengkapkan penerbit berita dengan alatan dan kepakaran digital yang penting, kami percaya bahawa model perniagaan mereka boleh dipertingkatkan, memastikan ekosistem berita tempatan kekal pelbagai, lebih mampan dan berkembang maju,” katanya.
“Program baharu ini akan membantu penerbit berita Malaysia berkembang maju dalam era digital ini dengan menyediakan alatan dan latihan kepada mereka serta membantu memastikan masa hadapan kewartawanan di Malaysia,” katanya.
Advertising Revenue Lab Malaysia mewakili satu langkah penting ke arah memperkasakan penerbit tempatan dan memastikan kewartawanan yang berkualiti sentiasa boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan untuk memohon untuk menyertai Advertising Revenue Lab Malaysia, sila kunjungi halaman permohonan program: https://forms.gle/FujPc4ecmij2zNZQ6
Google News Initiative (GNI) merupakan usaha Google untuk bekerjasama dengan penerbit berita di seluruh dunia untuk membina ekosistem berita yang tahan lama, pelbagai dan inovatif.
Antaranya termasuk menawarkan latihan, program, pembiayaan dan produk kepada para wartawan dan bilik berita untuk membantu mengukuhkan kerja mereka dalam era digital ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- raikan-keunikan-keindahan-malaysia
- splash-carnival-kicks-off-join-fun-at
- top-trending-google-searches-in
[KREDIT: Google]
0 Comments