Oleh: AILEEN ADAM
BUKAN mudah menjadi Jennie Kim apabila setiap apa yang dilakukannya menjadi sorotan dan bualan ramai.
Tidak hanya itu, penampilan dirinya juga menjadi perhatian umum sehingga sekecil-kecil kesalahan atau kekurangan juga pasti akan menjadi bualan dan perdebatan netizen.
Terbaharu penampilan bintang K-Pop sensasi itu meneima komen negatif daripada segelintir netizen yang mempersoalkan tentang bentuk badannya terutama bahagian lengan dan peha yang dikatakan semakin berisi.
Jennie, 28, hadir ke acara pop-up Chanel Coco Crush di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini dengan mengenakan mini dress dan fishnet stockings yang menyerlahkan gaya seksi.
Berikutan itu komen-komen negatif mula membanjiri media sosial seakan sengaja mengambil kesempatan untuk mengecam anggota Blackpink itu tanpa sebab yang jelas.
Hal sama turut dilalui rakan sekumpulannya, Rosé sebelum ini yang dikritik kerana dikatakan terlalu kurus dalam penampilan terbaharunya, sehingga ada yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap penyanyi lagu On The Ground itu. Serba tidak kena dibuatnya.
Berbalik kepada Jennie, di sebalik komen negatif yang diterima, masih ramai memuji pemilihan gayanya yang tidak pernah gagal dalam memberikan pesona pada lensa.
Bintang yang cukup sinonim dengan gelaran 'Human Chanel' itu bergaya memikat dengan penampilan serba hitam dengan gaya rambut braid, dilengkapkan dengan aksesori daripada koleksi Coco Crush mini.
Malah Jennie juga tampil sedikit berbeza apabila muncuk dengan gaya bertindik di hidung kanannya, sekali gus menarik perhatian ramai. Tidak hairanlah dia disering disebut sebagai 'It Girl'. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments