Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dara & The Gang, kelucuan yang penuh huru-hara


IKUTI kegilaan dan keceriaan Dara dan rakan-rakan sekampungnya sehingga menectuskan pelbagai insiden lucu dan huru-hara dalam Dara &The Gang.

Naskhah komedi 13 episod itu menampilkan Shasha Abedul sebagai teraju utama yang membawakan watak Dara, bersama Erysha Emyra (Busu), dan Arena Wan (Bedah) serta Chubb-E, Cat Farish, Enot dan lain-lain.

Menariknya Shasha yang sebelum ini dikenali mempunyai perwatakan ayu dan manja, diberi cabaran memegang watak nakal yang tentunya mencuit hati penonton.

“Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu.

"Ramai yang kata raut wajah saya lembut dan tertanya-tanya  boleh ke saya bawakan watak lain dan berbeza? Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi.

"Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ini rasa enjoy sangat. Jangan lupa untuk tengok saya sebagai Dara 'gangster' nanti,” kata Shasha.


Dara & The Gang mengisahkan kehidupan harian Dara, seorang gadis yang sempoi dan lucu. Kenakalan Dara, Busu dan Bedah itu telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung.

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Drama terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd yang diinspirasikan daripada novel berjudul Dara Gangster And The Gang tulisan Amarilis Rahim itu diarahkan Zul Huzaimy, manakala skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal.

Saksikan Dara & The Gang bermula 15 Julai ini, setiap Isnin hingga Rabu di platform Tonton di www.tonton.com.my- 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments