Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Blackpink bakal 'comeback', album baharu dan mega konsert jelajah dunia isi kalendar 2025



Oleh: AILEEN ADAM

SETELAH hampir setahun merehatkan aktiviti secara berkumpulan dan menumpukan perhatian kepada aktiviti solo, kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink bakal kembali dengan buah tangan baharu menjelang 2025.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh pemilik dan pengasas YG Entertainment iaitu Yang Hyun-suk menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, agensi tersebut telah mengatur beberapa perancangan dan projek besar untuk artis yang berada di bawah naungannya termasuk Blackpink untuk tahun 2025 dan ke depannya.

Hyun-Suk dalam kenyataan sama turut mengesahkan kumpulan wanita popular yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu akan membuat kemunculan semula dengan album baharu dan mega konsert jelajah dunia pada 2025 nanti.

Berita itu pastinya mengundang keterujaan kepada peminat mereka di seluruh dunia yang sememangnya menanti-nantikan karya terbaharu dan penampilan Blackpink secara berkumpulan setelah kali terakhir muncul bersama di pentas konsert finale Born Pink World Tour yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada September tahun lalu.


Ketika ini kesemua anggota kumpulan yang cukup dikenali dengan lagu Ddu-Du Ddu-Du dan How You Like That itu masing-masing sibuk dengan aktiviti solo mereka.

Difahamkan Jennie kini dalam proses akhir pembikinan album penuh solo yang dijangka bakal dilancarkan pada 2 Ogos ini, manakala Jisoo pula sedang rancak menjalani penggambaran drama dan filem.

Rosé juga khabarnya sedang sibuk keluar masuk studio menyiapkan karya dan muzik solo terbaharu, sementara Lisa baru sahaja muncul dengan single Rockstar pada June lalu. 

Pada 8 Ogos ini, kesemua mereka akan berkumpul untuk acara 'Fan Sign Our Area With Blink' sempena ulang tahun debut Blackpink yang akan diadakan di Seoul bersama 88 peminat bertuah. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments