Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang Beverly Hills 90210 Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser payudara


PELAKON Shannen Doherty yang cukup dikenali dengan siri TV popular Beverly Hills, 90210 pada era 1990-an, meninggal dunia pada Sabtu.

Doherty yang dilahirkan di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun akibat kanser payudara.

Berita duka itu disahkan pengurus publisitinya, Leslie Sloane dalam satu kenyataan.

"Dengan hati yang berat, saya mengesahkan pemergian pelakon Shannen Doherty. Pada hari Sabtu, 13 Julai, beliau tewas dalam perjuangan melawan kanser selepas bertahun-tahun berdepan penyakit itu," ujarnya.

Bintang itu sebelum ini pernah berkongsi tentang penyakit yang dideritai itu pada 2015. Malah pada tahun lalu, Doherty telah menjalani pembedahan membuang tumor otak, selain memaklumkan kanser sudah merebak ke tulang.

Doherty  pernah berkahwin tiga kali termasuk yang terakhir bersama jurugambar, Kurt Iswarienko sebelum memfailkan perceraian pada tahun lalu. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments