Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Fakta menarik single baharu Rockstar, Lisa Manobal


Oleh: AILEEN ADAM
SEJAK dilancarkan pada 28 Jun lalu, single solo terbaharu Lisa Manobal iaitu Rockstar terus mendapat perhatian ramai.

Keterujaan penggemar muzik dan peminat Lisa, 27 dizahirkan  menerusi sokongan di pelbagai platform.

Begitu juga dengan paparan imej Lisa mempromosikan single tersebut pada papan iklan digital yang menghiasi lokasi utama kota di pelbagai negara. 

Ini 10 fakta menarik tentang Rockstar yang dikatakan cukup istimewa buat anggota Blackpink asal Thailand itu.

1. Debut single terbitan label LLOUD
Rockstar adalah debut solo Lisa menerusi label miliknya sendiri, LLOUD yang ditubuhkan pada Mac lalu dan kolaborasi bersama RCA Records yang merupakan anak syarikat Sony Music.

2. Simbol kejayaan 
Pengkisahan dalam single tersebut adalah simbol atau gambaran Lisa merai kejayaaannya sebagai global ikon yang mempunyai peminat di seluruh dunia lewat pencapaiannya dalam seni muzik. Ia jelas ditunjukkan menerusi bait-bait lirik dalam lagu itu. Nama Lisa turut dikreditkan sebagai salah seorang komposer dan penulis lirik Rockstar. 

3. Pakej menarik
Lisa menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga, selain tampil dengan koreografi memukau dalam muzik video (MV) single tersebut.

4. Gandingan tenaga kerja terbaik 
Rockstar diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, manakala MV rasmi pula diarahkan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.

5. Segalanya tentang Thailand
MV Rockstar melibatkan sebahagian besar krew lokal dan menjalani penggambaran di Bangkok. Ia memberi peluang kepada Lisa untuk berkongsi tentang isi kota kelahirannya, selain memberi penghormatan kepada budaya serta kehidupan jalanan negara tempat tanah tumpah darahnya itu.

6. 100 Penari dan figura popular
Tidak hanya itu Lisa turut menampilkan 100 penari lokal, selain kemunculan beberapa pelakon dan public figure termasuk wajah transgender popular Thailand untuk memeriahkan MV Rockstar.


Suasana Yaowarat Road ketika hari-hari biasa.


7. Lokasi ikonik, Yaowarat Road
Salah satu scene menarik dalam MV ini menyaksikan set penggambaran yang dilakukan lokasi paling sibuk dan terkenal, Yaowarat Road, Bangkok yang turut dikenali sebagai Chinatown. Difahamkan Lisa telah menyewa lokasi berkenaan dan membayar sebanyak 20,000 baht atau RM2,570 kepada setiap pemilik kedai di situ untuk operasi lebih awal bagi memudahkan kerja-kerja penggambaran.

8. Tiga malam penggambaran
Proses penggambaran Rockstar dilakukan selama tiga malam berturut-turut pada jam 2 hingga 5 pagi.

9. Rekod dunia di TikTok
Lisa memperkenalkan teaser lagu Rockstar pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun rasmi TikTok miliknya yang telah memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapat 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit.

10. View 1 juta paling pantas
Sebaik sahaja dilancarkan pada 28 Jun, jam 9 pagi (waktu Korea Selatan), view MV Rockstar terus meraih 1 juta jumlah tontonan dalam masa hanya 27 minit. Sambutan terus melaju dan melepasi 30 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments