Pasangan tersebut sepakat untuk berpisah secara baik menerusi satu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Menerusi satu temubual bersama media, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, perpisahan itu adalah atas persetujuan bersama antara dia dan Nedim.
"Saya dan bekas suami membuat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang telah bersama selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini.
"Apa yang boleh saya katakan tujuan kami buat masa ini adalah sama iaitu untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.
"Saya mengharapkan sangat pada anda semua mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga," ulasnya selepas selesai prosiding.
Dalam masa sama, bintang filem Sayu Yang Syukur itu memohon agar tiada sebarang teori dibuat berhubung perpisahannya dengan bekas suami.
"Saya harap tiada teori-teori di luar sana tentang perpisahan kami kerana saya sangat pentingkan keharmonian kedua-dua belah keluarga saya dan bekas suami serta dan anak-anak kami.
"Kami hanya nak membesarkan anak-anak dengan positif. Saya harap anda semua doakan yang terbaik," pintanya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 6.
Terdahulu Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006, sebelum bercerai pada 2008. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments