SIAPA sangka ketulusan dan keunikan penciptaan lagu, OMK (Oh My Kadhale) nyanyian Ezra Kairo ft Zubir Khan mampu meraih perhatian ramai sebaik dilancarkan di semua platform digital pada 17 Mei lalu.
Karya ciptaan Mingaling dan terbitan EMI Music Malaysia yang menampilkan gabungan genre muzik Melayu serta Tamil itu telah mencapai lebih 2 juta tontonan dalam masa tiga minggu dan trending No.1 di carta muzik video YouTube.
Tidak hanya itu, ia turut berada di tangga kelapan dalam carta Recording Industry Malaysia (RIM) untuk lagu bahasa Melayu paling banyak distrim dan dimainkan, mendapat lebih 400,000 pendengar di Spotify.
OMK (Oh My Kadhale) mengisahkan kisah seorang lelaki yang sangat mencintai teman wanitanya dan berusaha untuk membuatnya bahagia.
Teruja dengan perkembangan itu, Ezra Kairo, mengakui tidak menyangka lagu tersebut mendapat respon yang begitu baik daripada penggemar muzik tanah air.
"Saya sangat gembira dengan respons rakyat Malaysia terhadap lagu OMK (Oh My Kadhale) yang ditulis dalam bahasa Tamil dan Melayu ini.
Sementara itu, Zubir Khan pula menyifatkan single tersebut sebagai sebuah karya unik dan cukup istimewa.
"Lagu ini adalah salah satu lagu gabungan Melayu dan Tamil yang berjaya masuk carta muzik Malaysia.
"Ia menerima sambutan hangat daripada peminat Melayu dan India, menjadikannya lebih istimewa. Semoga ia dapat menyatukan kita daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Terdahulu Zubir Khan sinomim dengan karya-karya unik seperti seperti Yennode Macha dan Per Yenne Solle.
Justeru tidak hairanlah kolaborasi bersama Ezra Kairo menerusi OMK (Oh My Kadhale) begitu berimpak dan membuka mata banyak pihak.
Melihat perkembangan tersebut, Ketua EMI, Adib Hamdi, berkata, selepas setahun pelancaran semula EMI, pihaknya telah mencapai beberapa kejayaan kecil yang menyumbang kepada visi strategik yang lebih besar.
"Pencapaian awal ini dijangka membuka jalan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa depan. Selepas OMK (Oh My Kadhale), EMI akan berada dalam kedudukan yang lebih baik.
Pada era baharu ini, EMI Music telah dilancarkan semula dengan penampilan barisan artis berbakat seperti Ezra Kairo, Irfan Haris, dan Nuha Bahrin.
EMI Music terlibat dalam rakaman, pengeluaran, dan pengedaran muzik pelbagai genre, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik tempatan di Malaysia.
Dalam masa sama, EMI Music juga berkomitmen untuk membawa muzik yang pelbagai kepada penggemar muzik tanah air dengan bekerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
Tidak hanya itu, ia turut berada di tangga kelapan dalam carta Recording Industry Malaysia (RIM) untuk lagu bahasa Melayu paling banyak distrim dan dimainkan, mendapat lebih 400,000 pendengar di Spotify.
OMK (Oh My Kadhale) mengisahkan kisah seorang lelaki yang sangat mencintai teman wanitanya dan berusaha untuk membuatnya bahagia.
Teruja dengan perkembangan itu, Ezra Kairo, mengakui tidak menyangka lagu tersebut mendapat respon yang begitu baik daripada penggemar muzik tanah air.
"Saya sangat gembira dengan respons rakyat Malaysia terhadap lagu OMK (Oh My Kadhale) yang ditulis dalam bahasa Tamil dan Melayu ini.
"Tentunya saya berasa bangga dapat menyampaikan lagu yang menyatukan orang daripada pelbagai kaum," ujarnya yang sebelum ini memberikan impak terhadap industri Muzik Malaysia dengan lagu-lagu kolaborasi seperti Anak Helang dan Kinrara.
"Lagu ini adalah salah satu lagu gabungan Melayu dan Tamil yang berjaya masuk carta muzik Malaysia.
"Ia menerima sambutan hangat daripada peminat Melayu dan India, menjadikannya lebih istimewa. Semoga ia dapat menyatukan kita daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Terdahulu Zubir Khan sinomim dengan karya-karya unik seperti seperti Yennode Macha dan Per Yenne Solle.
Justeru tidak hairanlah kolaborasi bersama Ezra Kairo menerusi OMK (Oh My Kadhale) begitu berimpak dan membuka mata banyak pihak.
Melihat perkembangan tersebut, Ketua EMI, Adib Hamdi, berkata, selepas setahun pelancaran semula EMI, pihaknya telah mencapai beberapa kejayaan kecil yang menyumbang kepada visi strategik yang lebih besar.
"Pencapaian awal ini dijangka membuka jalan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa depan. Selepas OMK (Oh My Kadhale), EMI akan berada dalam kedudukan yang lebih baik.
"Kami yakin pencapaian awal ini akan mendorong lebih banyak kejayaan, membawa EMI ke arah menjadi peneraju pasaran dalam masa terdekat," tegasnya.
Pada era baharu ini, EMI Music telah dilancarkan semula dengan penampilan barisan artis berbakat seperti Ezra Kairo, Irfan Haris, dan Nuha Bahrin.
EMI Music terlibat dalam rakaman, pengeluaran, dan pengedaran muzik pelbagai genre, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik tempatan di Malaysia.
Dalam masa sama, EMI Music juga berkomitmen untuk membawa muzik yang pelbagai kepada penggemar muzik tanah air dengan bekerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- puteri-khareeza-kembali-tunjuk-bakat.html
- hasif-upin-temui-cinta-di-jakarta.html
- saya-terpaksa-beradaptasi-menyesuaikan.html
[FOTO: EMI Malaysia - Terima Kasih Hazie ]
0 Comments