Selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memuat naik satu luahan hati di laman Instagramnya.
"Buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka," tulisnya.
"Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam," katanya penuh makna.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu lagi, perjuangan mempertahankan rumah tangga yang dilakukan selama ini sia-sia apabila hanya dia seorang sahaja yang berbuat demikian.
"Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan itu sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. Doa saya agar kehidupan baharu saya bersama anak-anak dipermudahkan.
"Saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka," ungkapnya.
Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, apa yang berlaku dalam rumah tangganya akan dijadikan pengajaran di hari depan.
"Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
"Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir," luahnya.
Enggan menoleh ke belakang lagi, bintang drama Leha, Leya Lawa itu mahu bangkit menjalani kehidupan mendatang dengan sebaiknya bersama anak-anak dan keluarga.
"Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua pengikut yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua," akhirinya.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019, selepas Aliff dikatakan berlaku curang, tetapi kembali rujuk ketika Bella masih dalam tempoh idah. 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- aliff-aziz-bella-astillah-sah-cerai
- syasya-jatuh-hati-wajah-suami-persis
- al-fatihah-pyanhabib-sudah-pergi
0 Comments