Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Skrin besar, keseronokan lebih! Terokai dunia hiburan anda dengan Sooka TV Stick


TEROKAI dunia hiburan yang pelbagai dengan Sooka TV Stick yang dilancarkan baru-baru ini. Peranti penstriman inovatif ini mengubah pelbagai TV menjadi hab hiburan yang hebat, membolehkan para pelanggan menikmati kandungan Sooka kegemaran mereka pada skrin besar.

Sooka TV Stick ini boleh didapati tanpa kos tambahan dengan Pelan Premium 12 bulan, dan para pelanggan akan menikmati penjimatan, memberikan mereka pengalaman skrin besar dengan nilai terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, pada tahun lalu pihaknya memperkenalkan pelan baharu untuk Sooka dan ia diterima baik oleh pengguna aktif bulanan Sooka dengan peningkatan sebanyak 23 peratus kepada lebih 1 juta, serta pangkalan VIP lebih daripada dua kali ganda tahun ke tahun.

"Hari ini, kami meneruskan momentum itu dengan memperkenalkan Sooka TV Stick untuk membawa aktiviti penstriman menerusi sooka ke tahap yang lebih tinggi di skrin besar.

"Dengan gabungan TV Stick ini bersama Pelan Premium Sooka, semua rancangan kegemaran anda dan banyak lagi boleh ditonton pada satu platform, menjadikan penstriman lebih mudah untuk para pelanggan kami. 

"Di Sooka, kami percaya bahawa hiburan haruslah mudah, menarik dan meluas, dan dengan Sooka TV Stick, semuanya lengkap,” jelasnya.

Semuanya ada di Sooka

Sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan acara sukan terbesar secara langsung seperti Liga Perdana, UEFA EURO 2024, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi.

Selain itu, Sooka menawarkan hiburan tempatan dan serantau yang hebat seperti drama Cinta Untuk Sekali Lagi, Framed, The Hardest Singing Show, Romance of a Twin Flower, Saba Nayagan dan banyak lagi.


Dengan hampir 70 saluran TV, kandungan On Demand serta pelbagai kandungan Asia yang lebih luas termasuk TVB, TvN, TvN Movies dan KBS World, semuanya ada di Sooka.

Sooka TV Stick dikuasakan oleh Android TV OS oleh Google yang merangkumi arahan suara yang dikuasakan oleh Google Assistant, Google Play Store dan keupayaan untuk menghantar kandungan ke skrin besar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Sooka]

Post a Comment

0 Comments