Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Perjalanan baharu Nuha Bahrin bersama EMI Music

[FOTO: Instagram Nuha Bahrin]

MAHU terus terbang tinggi mengembangkan bakat nyanyian sebagaimana diimpi, penyanyi baharu sedang meningkat naik, Nuha Bahrin kini menyertai EMI Music Malaysia.

Pemilik nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin itu berharap agar perjalanan baharu bersama syarikat rakaman terkenal itu dapat memberi lebih banyak peluang dan pengalaman berbeza dalam kerjaya seninya selepas ini.

"Menerusi sokongan daripada keluarga, EMI Music Malaysia dan peminat-peminat, saya bersedia untuk mengambil langkah besar dalam karier dan terus membawa inovasi serta kecemerlangan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan individu penting EMI yang memberi saya peluang ini," ujarnya.

Tidak mahu menunggu lebih lama, Nuha yang cukup popular dengan lagu Casablanca dan pernah mencipta fenomena di media sosial itu turut mengumumkan bakal tampil dengan single baharu tidak lama lagi.

"Saya teruja mengumumkan akan mengeluarkan lagu baharu yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. Kini ia sedang dalam penghasilan,” katanya.

Bintang berusia 24 tahun itu sebelum ini sinonim dengan gaya muzik unik terutama dalam lagu-lagu yang mempunyai elemen muzik Arab itu menganggap penyertaannya dalam EMI Music sebagai menandakan permulaan babak baharu dalam kariernya.

Dalam masa sama, kerjasama dengan EMI Music Malaysia dijangka akan terus membawa kejayaan dalam mengeluarkan produk muzik berkualiti tinggi dan dapat memajukan industri.

Sementara itu, Ketua EMI Music Malaysia, Adib Hamdi berkata, penyertaan Nuha secara rasmi pada 3 Jun lalu menjadi nafas baharu bagi syarikat rakaman itu.

"Nuha dapat memberi impak yang sangat baik kepada EMI dan juga kepada Industri Muzik Malaysia. Kami akan terus memberi sokongan yang baik dalam perjalanan kariernya.

"Saya juga berharap peminat-peminatnya akan terus menyokong kerjaya muzik dan lagu-lagunya pada masa akan datang,” katanya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments