Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penuhi permintaan peminat, Jennie akhirnya buka akaun rasmi TikTok


Oleh: AILEEN ADAM
SETELAH muncul pelbagai akaun palsu menggunakan nama dan fotonya, idol K-Pop sensasi, Jennie Kim akhirnya membuka akaun rasmi di platform TikTok pada Isnin lalu.

Perkembangan tersebut semestinya membangkit rasa teruja para peminat yang telah lama meminta dan menantikan Jennie, 28, membuka akaun TikTok untuk menyertai pelbagai trend video di platform itu.

Sebaik sahaja akaun dengan nama @jennierubyjane itu diwujudkan, ia terus menjadi perbincangan hangat. Para peminat pantas mengikuti TikTok pelantun lagu Solo dan You & Me itu sehingga berjaya mencapai 1 juta pengikut tidak sampai 24 jam.


Setakat artikel ini ditulis, pengikut Jennie sudahpun melepasi 2 juta orang. Ironinya, anggota kumpulan Blackpink yang sering menjadi perhatian ramai itu belum pun memuat naik sebarang hantaran video pada akaun itu.

Sebelum ini, satu-satunya anggota Blackpink yang memiliki akaun TikTok adalah Rosé  dengan jumlah pengikut seramai 43.6 juta orang. Beberapa hari lalu, Lisa turut mengambil pendekatan sama dan membuka akaun TikTok sempena single solo baharunya yang akan dilancarkan pada 27 Jun ini.

Selepas Jennie, peminat pastinya menantikan kehadiran Jisoo pula untuk melengkapkan pernyertaan kumpulan K-Pop tersohor itu di TikTok. - 7KLIK  


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments