Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Pelakon veteran Kamal Bakar meninggal dunia


PELAKON veteran, Kamal Bakar meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka, sekitar jam 1 pagi Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun, setelah genap dua bulan menderita kanser paru-paru tahap empat.

Berita berkenaan disampaikan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35.

"Ayah saya sudah meninggal dunia pukul 1 pagi tadi," katanya.

Jenazah Allahyarham Kamal atau nama sebenarnya Kamaruldzaman Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka.

Pada 17 Jun lalu, Kamal sudah berada dalam keadaan separuh sedar selepas dua minggu ditidurkan akibat komplikasi kanser dan kekurangan oksigen.

Allahyarham disahkan menghidap kanser sejak April lalu sebelum dikejarkan ke hospital pada 3 Jun lalu selepas kesihatannya semakin merosot.

Bapa kepada lima anak itu memulakan kerjayanya dalam bidang seni sekitar tahun 1970an dan cukup sinonim dengan drama-drama kekeluargaan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments