Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kepulan asap tebal cetus panik, taman tema Genting Highland terbakar

[KREDIT FOTO: X]

PENGUNJUNG di Genting Highland panik apabila melihat kepulan asap tebal memenuhi taman tema pusat peranginan itu yang dilaporkan terbakar pada petang Jumaat.

Kebakaran itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Genting Highlands.

Difahamkan kejadian yang berlaku sekitar jam 4.45 petang itu melibatkan bangunan empat tingkat dan telah mencetuskan panik kepada lebih 5,000 pengunjung dan para pekerja di pusat peranginan terbabit.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang sebagaimana dipetik dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 5.18 petang.

Menurut kenyataan itu, empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh 16 anggota masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.

Beberapa video dan gambar di tempat kejadian pantas tular di media sosial dipercayai dikongsi pengunjung sehingga pusat peranginan itu sehingga trending di laman X.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments