ANGGOTA kumpulan BTS, Jin kini rasmi menamatkan latihan khidmat ketenteraan Korea Selatan pada Rabu.
Kini Jin atau nama lengkapnya, Kim Seok-Jin, 33, bakal kembali aktif dalam bidang seni setelah 18 bulan dalam perkhidmatan yang wajib kepada negara itu.
Sekumpulan peminat hadir menyambut kepulangan Jin, yang juga merupakan anggota terawal BTS yang menyertai latihan tentera itu, biarpun pihak agensi sudah melarang dan memberi amaran untuk tidak berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Mereka menunggu dengan menggantung kain rentang dan belon berwarna-warni di luar pangkalan tentera di daerah Yeoncheon di utara Korea Selatan.
Pun begitu, Jin turut disambut rakan-rakan sekumpulan, J-Hope, V, RM, Jungkook dan Jimin dengan membuat persembahan 'impromptu' BTS di luar pangkalan berkenaan.
Selepas Jin, J-hope pula akan menamatkan latihan pada Oktober akan datang, manakala Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan wajib ketenteraan itu menjelang 2025. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments