Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hiram Kasten meninggal dunia akibat kanser prostat


BINTANG sitcom Seinfeld, Hiram Kasten dilapaorkan meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Batavia, New York, pada Ahad.

Kasten yang cukup dikenali sebagai pelawak terkenal Amerika Syarikat itu menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan isterinya selepas beberapa jam menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-38.

Difahamkan aktor berusia 71 tahun itu menghidap pelbagai komplikasi penyakit termasuk kanser prostat dan penyakit Crohn sejak tujuh tahun lalu.

Kasten muncul dalam sitkom Seinfeld pada 1993-1994 menerusi watak Michael, rakan kerja Elaine Benes (Julia Louis-Dreyfus).

Selain Seinfeld, Kasten turut membintangi beberapa siri sitkom lain termasuk Saved By the Bell, The Fresh Prince of Bel-Air, Cybill, Mad About You dan Everybody Loves Raymond- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments