Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hefny Sahad akhiri status bujang


HANYA dengan sekali lafaz, pelakon yang juga penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nur Atiqah Anuar pada petang Sabtu.

Pada majlis ijab dan kabul yang berlangsung dalam suasana harmoni di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu, Hefny, 37, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Penyatuan dua hati pasangan sama camtik sama padan itu diraikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Sinar FM turut berkongsi momen istimewa pasangan itu pada majlis bermakna mereka menerusi Instagram rasmi stesen radio tersebut.


Sebelum menceburi dunia penyiaran radio, Hefny atau nama penuhnya Mohamed Hefny Sahad terlebih dahulu dikenali dalam bidang pengacacaran selepas bergelar naib juara dalam rancangan realiti TV terbitan Astro, On Air pada 2012.

Tidak hanya kitu, Hefny aktif dalam bidang lakonan dan pernah membintangi drama Melankolia, Nafas dan Maaf Aku Tak Sempura- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[FOTO: IG Sinar FM]

Post a Comment

0 Comments