Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hadir ke acara Trooping the Color, Kate Middleton semakin pulih


BUAT pertama kalinya Puteri Wales, Kate Middleton membuat penampilan umum selepas enam bulan diagnosis kanser dan dan menjalani pembedahan pada Januari lalu.

Kehadiran Kate di acara Trooping the Color pada Sabtu itu menarik perhatian umum setelah lama tidak kelihatan.  Pada acara itu, Kate menyertai perarakan kereta bersama anak-anaknya dan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga yang melambai dari balkoni Istana Buckingham.

Puteri jelita itu dilihat ceria di samping suami, Putera William dan tiga anaknya iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Difahamkan keadaan kesihatan Kate menunjukkan perkembangan yang agak baik dari masa ke semasa.

Menerusi kenyataan dalam mesej peribadinya, Kata berkata, rawatannya masih berterusan dan akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi.


"Saya belum bebas sepenuhnya daripada kesakitan itu. Sesiapa yang menjalani kemoterapi akan tahu, ada hari baik dan hari buruk.

"Pada hari-hari buruk itu anda berasa lemah, letih dan anda perlu mengalah untuk berehat. Tetapi pada hari-hari yang baik, apabila anda berasa lebih kuat, anda ingin memanfaatkan sepenuhnya perasaan yang sihat itu," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia kini semakin belajar untuk bersabar dalam mengharungi proses penyembuhannya.

"Saya sedang belajar bagaimana untuk bersabar terutamanya dengan ketidakpastian.

"Melalui setiap hari yang mendatang, memahami keadaan tubuh saya dan membenarkan diri saya mengambil masa yang diperlukan untuk kembali sembuh," ungkap Kate.

Mesej sokongan

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga menzahirkan rasa terima kasih atas kiriman mesej sokongan daripada orang ramai ketika beliau melalui saat-saat sukar.


"Mesej yang disampaikan benar-benar mengubah kehidupan William dan saya, malah ia telah membantu kami berdua melalui beberapa masa yang sukar," tulisnya dalam mesej tersebut.

Pun begitu, Istana Kensington menegaskan kemunculan Kate itu tidak bermakna beliau akan kembali aktif sepenuh masa, sebaliknya bergantung kepada keperluan an keadaan semasa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments