Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gara-gara sambutan hangat peminat, konsert Dua Lipa Radical Opitimsm di KL jadi dua malam


BERITA baik buat peminat penyanyi Dua Lipa apabila konsertnya, Dua Lipa Radical Opitimsm Asia Tour yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November depan ditambah satu malam lagi.

Penambahan satu persembahan lagi dilakukan susulan sambutan hangat yang diterima daripada peminat apabila semua tiket habis terjual sebaik sahaja perjualan bermula pada Isnin lalu.

Tidak mahu mengecewakan peminat yang mahu menjadi sebahagian daripada penonton konsert istimewa penyanyi yang popular dengan lagu New Rules itu, pihak penganjur iaitu Live Nation  mengumumkan penambahan persembahan konsert terbabit pada 24 November 2024.

Konsert jelajah dunia pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali itu adalah bersempena pelancaran album ketiganya, Radical Optimism.


Selain Kuala Lumpur, Lipa, 29, turut membawa konsert tersebut beberapa negara lain termasuk Singapura, Jakarta, Manila, Tokyo, Taipei, Bangkok, Seoul dan lain-lain.

Terdahulu bintang berdarah British,-Albania itu, pernah menjayakan konsert solonya di KL Live, Life Centre pada 2018. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments