Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Enigma, cinta tragis dua darjat Bob Yusof


MAHU terus berkongsi karya-karya terbaiknya bersama peminat, penyanyi Bob Yusof kini tampil dengan buah tangan terbaharunya, single Enigma.

Lagu ini merupakan kolaboasi kedua Bob bersama Alternate Records selepas lagu Tera Tari yang dijayakan bersama artis Singapura baru-baru ini.

Enigma adalah sebuah balada yang sarat dengan emosi dan keindahan melodi. Tidak hairanlah agu ini terpilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama Dua Darjat yang kini sedang hangat disiarkan di slot Akasia, TV3. 

Lebih daripada sekadar lagu tema biasa, karya tersebut menjelma menjadi narator kisah cinta tragis yang terjalin antara dua insan yang terhalang oleh jurang perbezaan status. 

Di sebalik alunan melodinya yang mendayu, Bob berjaya membawa pendengar menyelami pergolakkan hati dari impak buruk yang timbul dari rasa mudah mengalah dalam percintaan.

Genre balada yang diibaratkan seperti makanan kepada Bob Yusof, menjadi pilihan komposer serta penulis lirik iaitu Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

Kolaborasi yang telah lama dinantikan oleh kedua-duanya, berjaya ditunaikan oleh Ikhwan Fatanna dengan sentuhan magis kepada lirik dan melodi yang mampu menggetarkan jiwa pendengar. 

Lagu ini bukan sahaja memenuhi harapan Bob Yusof, tetapi juga memperkukuhkan lagi reputasinya sebagai penyanyi balada terkemuka dalam industri muzik tempatan.

Menurut Bob, Enigma merupakans ebuah karya istimewa dan ia dapat dapat menyembunyikan rasa terujanya aat pertama kali diperdengarkan demi lagu berkenaan.

“Lagu ini benar-benar 'wow' kerana susunan melodinya penuh dengan cabaran. Namun sesi rakaman hanya mengambil masa dua jam berkat kerjasama dan saling bertukar idea untuk memperindah karya ini.

"Pengalaman bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh juga amat menyeronokkan. Banyak ilmu dan idea baharu yang dapat saya pelajari dari mereka.

"Jika diberi peluang lagi, saya pasti akan bekerjasama dengan gabungan dan berharap dapat menyanyikan lebih banyak lagu ciptaan mereka,” ujarnya.

Puas sudah memberikan yang terbaik, penyanyi asal Sarawak itu mengharapkan agar Enigma dapat diterima dengan positif oleh semua penggemar muzik tanah air.

"Harapan saya sangat tinggi agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan dapat pergi jauh, tersenarai dalam carta-carta muzik, stesen radio di Malaysia, Singapura, Brunei, malah Indonesia, dan mungkin layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Kepada peminat, dengarkanlah lagu ini kerana ia berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Dari segi susunan muzik, ia sangat segar dan mudah didengar,” pinta Bob.



Dalam pada itu, Bob juga meluahkan rasa terharu apabila mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan artis lain turut menyukai karya baharunya itu menerusi kiriman mesej di laman media sosialnya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan artis yang telah menyokong saya.

"Kata-kata semangat dan komen positif mereka amat bermakna dan memberikan saya dorongan untuk terus berkarya dan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam bidang muzik,” katanya.

Sementara itu, Ikhwan Fatanna selaku komposer dan penulis lirik berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk mengarap lagu tersebut.

“Idea datang ketika pihak produksi drama Dua Darjat inginkan konsep lagu runut bunyi yang sedih dan sesuai dengan jalan cerita drama tersebut. 

"Saya pun mula mengarang dengan membayangkan sebuah hubungan yang tidak direstui keluarga kerana perbezaan darjat dan kedudukan.

"Mesej lagu ini adalah untuk memilih hubungan yang sesuai dengan personaliti dan keadaan diri kita. Jangan biarkan diri kita dihukum dan dihina hanya kerana kita insan biasa. Setiap manusia ada nilai dan harga diri,” katanya.

Mengulas tentang kolaborasi bersama Bob, Ikhwan berkata, penyanyi itu adalah seorang yang sangat merendah diri dan mudah bekerjasama.

“Bob mempunyai vokal mantap yang penuh jiwa dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap lagu yang dinyanyikan.

"Keunikan Bob terletak pada kekuatan lontaran vokalnya yang memukau dan mampu membuai jiwa pendengar,” katanya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Alternate Records]

Post a Comment

0 Comments