Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ekspresi diri menerusi karya, Rico Setiabudi cari cinta sejati


PENYANYI dan penulis lagu berbakat asal Singapura, Rico Setiabudi, kini tampil berkongsi karya terbaharunya dengan para pendengar menerusi single Wow! Barang Baik.

Lagu yang juga merupakan karya ketiga ciptaannya di bawah label syarikat rakaman terkemuka, Luncai Emas itu dianggap memwa mesej istimewa dalam pencarian cinta sejatinya.

Menurut Rico, Wow! Barang Baik bukan sekadar lagu biasa, melainkan sebuah kisah yang menghidangkan cerita tentang pencarian cinta sejati.

"Menerusi liriknya, saya mahu mengajak pendengar untuk merenung tentang kebenaran bahawa cinta sejati tidak selalu dapat ditemukan melalui penglihatan semata.

"Sebaliknya, ia menggambarkan betapa pentingnya untuk melihat dengan mata hati yang tulus untuk menemukan cinta yang hakiki.

"Walaupun cinta itu begitu jelas, sayangnya kebanyakan manusia tidak mampu melihatnya," ujarnya.



Tambah Rico lagi, tidak hanya sekadar menyampaikan pesan, lagu itu juga berfungsi sebagai panduan praktis bagi pendengar untuk memahami bagaimana mencapai cinta sejati.

"Dengan irama santai, lirik yang tepat dan mudah dihadam, Wow! Barang Baik diharapkan dapat memberikan semangat dan keceriaan kepada pendengar, serta meninggalkan kesan positif yang mendalam," kata Rico lagi.

Single terbaharu itu juga menyaksikan Rico bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangannya iaitu Rayhul Firdaus sebagai penulis lirik dan penggubah bersama, serta Rifaah Ridzwanulhakim sebagai penerbit, manakala Rici Bell pula sebagai pereka grafik.

Wow! Barang Baik yang dirilis pada 1 Mei lalu kini boleh didengari di semua platform muzik digital. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Luncai Emas - Terima Kasih Opie]  

Post a Comment

0 Comments