Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cerita Antara Kita - Diplomasi Beruang Panda gergasi antara China, Malaysia


KISAH diplomasi Beruang Panda gergasi antara China dan Malaysia dikongsi dalam dokumentari berjudul Cerita Antara Kita, yang disiarkan menerusi penstriman rtmklik.rtm.gov.my .

Dokumentari terbitan bersama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kumpulan Media China (CMG) itu menelusuri pengembaraan Azry Ahmad Mustafa Hadi bermula dari Zoo Negara Malaysia ke Pangkalan Shenshuping Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda gergasi China di Wolong, Sichuan, China. 

Disertai rakan penerbitan Liang Liang Husna dari CMG, penonton turut dibawa melawat dan mengikuti perkembangan terkini Sheng Yi iaitu panda yang lahir di Malaysia pada 31 Mei 2021, tetapitelah dikembalikan ke China pada 29 Ogos 2023.

Menariknya lagu tema dokumentari tersebut yang berjudul Dua Dunia Satu Cinta, dinyanyikan secara duet oleh Aina Abdul bersama Husna. 



Sesi penggambaran dokumentari Cerita Antara Kita tular di media sosial negara China dengan ratusan juta jumlah tontonan sekali gus turut memberi tempias positif kepada jumlah tontonan media sosial di Malaysia, selain beberapa negara lain.

Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 menerusi Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China Ketika itu, Chou En-Lai. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments