Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bakal lancar Rockstar - Lisa, peminat sama-sama teruja


Oleh: AILEEN ADAM
SETELAH tampil menguruskan kerjaya solo sendiri menerusi agensi miliknya, LLOUD, bintang K-Pop sensasi Lisa Manobal kini akan membuat 'comeback' menerusi single terbaharu berjudul Rockstar.

Rockstar akan dilancarkan secara global pada 27 Jun ini pada jam 8 malam (waktu Timur AS) atau 5 petang (waktu Pasific)  merupakan debut perdana Lisa, di bawah kerjasama baharu LLOUD dan RCA Records.

Berita tersebut tentunya mendapat respon yang begitu positif daripada para peminatnya di seluruh dunia yang telah lama menantikan anggota Blackpink itu kembali tampil dengan projek solo selepas Lalisa dan Money yang rilis pada 2021.

Terdahulu Lisa, 27, mula memberi petunjuk tentang kehadiran single Rockstar yang bakal rilis itu buat kali pertama pada awal Jun menerusi akaun rasmi TikTok miliknya yang baru dilancarkan.

Teruja dengan berita tersebut, peminat tampil memberikan sokongan padu sehingga akaun TikTok tersebut mencatat Rekod Dunia Guinness apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam masa 2 jam dan 18 minit.


Apa yang pasti, bintang asal Thailand itu mempunyai impian besar bersama LLOUD Co. yang diasaskan pada Februari lalu dengan tujuan untuk mencipta platform yang boleh menyokong visi keseluruhannya dalam muzik dan hiburan tanpa sempadan.

Sementara itu, kolaborasi bersama RCA Records dilihat sebagai langkah bijak memandangkan label itu merupakan sebahagian daripada Sony Music di Amerika Syarikat yang membariskan artis-artis global ternama seperti Doja Cat, Justin Timberlake dan lain-lain.

Justeru kerjasama LLOUD bersama label tersebut dijangka akan memperluaskan jangkauan global untuk muzik Lisa pada masa akan datang. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments