Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Pyanhabib sudah pergi buat selamanya



AMPANG: PELAKON dan penyair terkenal, Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang,  sekitar jam 9.30 malam Selasa.

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun, seminggu selepas menyambut hari ulang tahun kelahirannya.

Berita tersebut dikongsi Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 9.30 malam tadi," ujarnya.

Difahamkan, jenazah seniman yang dikenali dengan bakat uniknya itu akan diuruskan di Masjid As Sobirin di Lembah Keramat, Ampang sekitar jam 9 pagi Rabu. Urusan pengebumian dijangka akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam AU4, pada jam 11 pagi.

Ketika hayatnnya, Pyanhabib sangat aktif dalam penulisan sastera, pelukis dan merupakan seorang penyair yang disegani.

Allahyarham juga merupakan seorang pelakon dan pernah memenangi  Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem lakonannya, Tsu Feh Sofiah. Bagaimanapun, aktor itu bertindak memulangkan kembali trofi yang dimenanginya atas alasan tersendiri.

Selain itu, Pyan turut membintangi filem Kembara Seniman Jalanan, Mat Som, Tak Kisahlah Beb, Rock Oo!, Apokalips X dan Ucop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Allahyarham meninggal seorang isteri, Zurina Zakaria, 58, serta dua anak iaitu Najihah, 31, dan Ahmad Ashman Farabi, 28.   - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments