Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Akhiri zaman bujang, Redza Rosli pilih Bella Hanna sebagai isteri


PELAKON Redza Rosli selamat bergelar suami apabila sah menikahi gadis pilihan, Bella Hanna hanya dengan sekali lafaz dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Pada majlis penuh harmoni itu, Redza atau nama penuhnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan. Bagaimanapun jumlah wang hantaran tidak dikongsikan.

Bella, 28, yang merupakan hos program HLive dan juga pelakon pernah bergandingan bersama Redza menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta yang pernah disiarkan di TV3 tahun lalu.

Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin diraikan lebih 300 orang tetamu yang terduru daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan rapat dan rakan selebriti. - 7KLIK   


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments