Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Meet & Greet bersama barisan pelakon Aku Bukan Ustazah di Muzium Telekom


DRAMA rantaian yang sedang hangat bersiaran di TV3, Aku Bukan Ustazah, mencuri perhatian ramai setelah tiga minggu menemui penonton.

Naskhah yang mengisi slot Akasia itu menampilkan jalan cerita menarik yang dijayakan oleh barisan artis baharu dan lama yang berjaya membawa peranan mereka dengan baik dan berimpak.

Pelbagai respon dan komen positif diterima daripada netizen mengenai lakonan dan babak yang dilakonkan oleh teraju utama drama ini.

MK K-Clique mula mendapat perhatian selepas berkembangnya wataknya sebagai Adam, manakala Erysha Emyra, pelakon muda yang mula melonjak naik juga semakin diterima kehadirannya.

Barisan pelakon lain dalam drama ini juga mendapat perhatian serupa daripada penonton dan membuatkan ia mendapat jumlah tontonan tinggi setiap hari.

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 TV3 yang berlangsung di Muzium Telekom, Kuala Lumpur pada 1 Jun (Sabtu) ini, stesen popular itu memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan pelakon Aku Bukan Ustazah menerusi sesi Meet & Greet yang akan diadakan pada jam 12 tengah hari.

Antara pelakon yang bakal hadir termasuk Erysha Emyra, ⁠MK K-Clique, ⁠Zahiril Adzim, Syad Mutalib, ⁠Haneesya Hanee, ⁠Shaza Bae, ⁠Qistina Khaled dan ⁠Fikhree Bakar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

[FOTO: TV3 - Terima Kasih Efendi Amir]

Post a Comment

0 Comments