SEIRING dengan perkembangan trend e-dagang di mana pengguna mahukan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, penyanyi Lan Solo dan Zoey Rahman yang turut aktif sebagai usahawan, kini memilih platform digital untuk memasarkan produk mereka di saluran strim langsung milik Shopee iaitu Shopee Mamak.
Perubahan ke arah trend isi kandungan yang berinteraktif dan berperibadi memanfaatkan semua penjual dan pengguna serta mencipta pengalaman membeli-belah dalam talian yang memanusiakan.
Pengalaman membeli-belah dalam talian yang berpaksikan manusia (human-centric) mengutamakan perkongsian produk secara jujur dan membina hubungan melalui pengalaman bersama.
Lan Solo yang terkenal dengan isi kandungan Shopee Mamaknya, mengakui ia satu pengalaman yang menyeronokkan buatnya.
“Ia bukan sekadar untuk menunjuk atau menjual produk. Strim langsung adalah perbualan dua-hala.
"Kami menggalakkan pertanyaan soalan, memberi respons secara langsung terhadap komen yang diterima, dan mencipta semangat berkomuniti,” ujarnya yang secara konsisten mengumpul lebih 50,000 setaip kali melakukan strim langsung di Shopee Mamak.
Sementara Zoey Rahman yang juga ahli Shopee Celebrity Squad dan pengasas Mikaseries turut bernada sama.
“Orang ramai tertarik dengan keaslian. Di Shopee Live, saya boleh berkongsi cadangan produk secara jujur dan memberikan penonton cadangan yang lebih mendalam melangkaui sokongan selebriti tradisional.
“Strim langsung mungkin tampak kasual, tetapi strategi isi kandungan yang dirancang dengan baik adalah kunci utama.
"Mengetahui siapakah penonton anda dan apakah yang menarik minat mereka sebelum berstrim langsung adalah amat penting. Apakah isi kandungan yang menarik perhatian dan berinformatif buat mereka,"katanya di Shopee Mamak yang memecah rekod tontonan sebanyak 60,000 penonton.
Strategi Kandungan
Zoey juga menekankan pentingnya keaslian, menyokong penstrim langsung untuk membawakan cadangan produk yang jujur.
"Berdasarkan pengalaman sendiri, saya boleh mengenalpasti faedah utama dan mencadangkan produk tersebut dari sudut pandangan pengguna, dan bukan sekadar sudut pandangan penjual.
"Dengan mengutamakan ketelusan, saya membina kepercayaan dengan penonton, mengelak dari mendapatkan keuntungan semata-mata dan memilih untuk memberi cadangan jujur,” katanya di Shopee Mamak yang memecah rekod tontonan sebanyak 60,000 penonton.
Hal sama dikongsi Lan yang mengakui strategi isi kandungan adalah paling penting untuk berjaya di Shopee Live.
“Penceritaan adalah cara hebat untuk menarik perhatian penonton dan mengekang penurunan jumlah penonton. Ia seperti kita lepak bersama rakan dan berbicara tentang sesuatu yang memang kita minat - produk kita,
"Daripada selalu menggunakan taktik jualan yang memaksa penonton untuk membeli, saya mencadangkan penjual untuk memasukkan elemen penceritaan terhadap produk tersebut.
“Cuba untuk berkongsi anekdot kelakar tentang produk tersebut atau berkongsi pengalaman anda sendiri yang relevan untuk penonton. Cara ini boleh mengekalkan perhatian mereka dan mereka akan berminat untuk mengetahui lebih lanjut,” katanya.
Perkongsian Zoey Rahman dan Lan Solo selari dengan trend strim langsung yang memanusiakan isi kandungan.
Mengulas tentang faedah menggunakan Shopee Live sebagai platform untuk berstrim langsung, jelas Zoey, ia adalah ciri yang terbina dalam Shopee, sedia untuk anda gunakan untuk berhubung dengan pelanggan secara langsung.
"Ia amat mudah dan membolehkan penjual untuk mengurangkan kos perbelanjaan kedai fizikal. Mereka boleh berstrim langsung dari telefon - bila-bila masa dan di mana jua. Suatu cara yang mudah dan efektif dari segi kos untuk berhubung dengan pelanggan," ujarnya.
Bagi Lan, menggunakan Shopee Live adalah seperti memiliki saluran penyiaran sendiri.
“Tidak seperti penyiaran langsung konvensional, Shopee Live memperkasakan penjual untuk berstrim langsung dengan mudah.
"Ciri Shopee Live yang senang untuk digunakan, seperti fungsi chat secara langsung, dan tawaran eksklusif, memperkasakan jenama dan penjual untuk berhubung dengan penonton secara interaktif, yang selanjutnya membawakan peningkatan terhadap kesedaran dan kesetian jenama,” akhirinya.
- 7KLIKARTIKEL LAIN: annyeong-jom-switchjimatmenang
ARTIKEL LAIN: sony-releases-fe-24-50mm-f28-g-compact
ARTIKEL LAIN: watsons-malaysia-raikan-sambutan-tahun
[FOTO: Shopee]
0 Comments