Ia sebagai pengiktirafan dalam penglibatan 13 stesen radio merentasi bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil secara serentak untuk pemberian bubur lambuk di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam.
Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Eksekutif Akaun, Malaysia Book of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Pemangku Ketua, Astro Radio, Priya Dharshini.
Menurut Priya Dharshini, pihaknya gembira melihat semua stesen radio hadir bersama Astro Kasih, SYOK, sooka dan Adabi untuk membawa kemeriahan dan keberkatan Ramadan kepada 3000 penduduk di Shah Alam.
Program ‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ turut dihadiri personaliti radio dari 13 stesen radio Astro termasuk Ray, Haniff, Fazziq (ERA); Addnan, Mijul, Emma, Adam, Melanie (ERA Sabah); Ilmo, Alisa, Asyilah (ERA Sarawak); Hefny, Falyq, Putra (SINAR); Shah, Aswad, Rea (GEGAR) dan Mawi, Anas, Faizal Ismail, Hazwan, Hadhari (ZAYAN)."Ramadan adalah masa untuk muhasabah, saling membantu dan merapatkan komuniti. Kami berharap usaha kolektif kami akan membuat perubahan bermakna dalam kehidupan setiap individu,” ujarnya.
Tidak ketinggalan Ean, Anne, Calista, Zher, Keanu, Ili (Hitz FM); Hafiz, Guibo, Q (Hitz FM); Non, Fabes (Lite FM); Mei Yan, Aki, Jack Yap, Daniel (MY); Jentzen, Vivienne, Mei Sim, Weon, William, Nicholas (MELODY); serta Suresh, Ahila, Vicky dan Yashini (RAAGA). - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: saya-tidak-reda-pemergian-ini-tapi-apa
ARTIKEL LAIN: kolaborasi-suria-fm-dan-ukm-catat
ARTIKEL LAIN: astro-radio-pilihan-no1-rakyat-malaysia
[KREDIT: Astro Radio]
0 Comments